Home tuition · Setia Alam & Shah Alam  |  Online · Seluruh Malaysia

Tutor yang berkualiti. Jadual yang fleksibel. Anak lebih yakin belajar.

EDUVERA Academy menguruskan tuisyen anak anda dari awal hingga akhir: kami padankan tutor, tetapkan jadual dan semak perkembangan setiap bulan. Anda tidak perlu mencari dan menilai tutor seorang diri.

  • 10+ tahun pengalaman mengajar
  • Personal tuition 1-to-1
  • Tutor melalui temuduga & sesi demo
  • Tiada yuran pendaftaran
Daftar minat, percuma & tanpa komitmen Isi 1 minit. Kami hubungi anda melalui WhatsApp.

Pilihan program

Pilih cara belajar yang sesuai dengan keluarga anda

Home tuition · 1-to-1

Tutor datang ke rumah

Dari RM50 / jam / subjek
  • Personal tuition 1-to-1: tutor menumpukan perhatian kepada anak anda seorang sahaja pada satu-satu masa
  • Sesi 2 jam, sekali seminggu bagi setiap subjek
  • Bulanan: dari RM400 bagi satu subjek
  • Kelas membaca (mulai 4 tahun), Tahun 1–6, Tingkatan 1–5 dan IGCSE
  • Tingkatan 4–5: termasuk subjek elektif SPM
Online · kelas berkumpulan

Belajar dari mana-mana sahaja

Dari RM20 / sesi
  • Matematik & Sains Tahun 1–6, dan UPKK
  • Tahun 1–3: 1 jam, RM20 sesi. Tahun 4–6 & UPKK: 1.5 jam, RM28 sesi
  • Kelas kecil. Kelas dibuka apabila sekurang-kurangnya 3 murid mendaftar, jika belum cukup anda masuk senarai menunggu
  • Seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak

Tawaran pendaftaran awal (early bird)

Yuran bahan latihan (RM50 home tuition / RM30 online) dikecualikan (waived) bagi pendaftaran sehingga 31 Disember 2026.

Tuntut tawaran

Cara kerja

Dari borang ke kelas pertama dalam 4 langkah

  1. Isi borang ringkasBeritahu kami tahap anak, kawasan dan subjek.
  2. Kami hubungi andaPasukan kami menghubungi anda melalui WhatsApp untuk fahamkan keperluan anak.
  3. Padanan tutor & jadualKami cadangkan tutor yang sesuai dan masa yang sesuai untuk keluarga anda.
  4. Kelas bermulaBayaran bulanan pada minggu pertama setiap bulan. Tiada yuran pendaftaran.

Kenapa EDUVERA?

Kami uruskan, supaya anda tidak perlu risau

Tutor berkualiti

Tutor yang dipilih mempunyai kemahiran dalam subjek masing-masing dan melepasi sesi temuduga.

Diurus oleh EDUVERA

Komunikasi dalam kumpulan WhatsApp rasmi bersama ibu bapa, tutor dan pasukan kami. Jelas dan teratur.

Kelas ganti

Kelas yang dibatalkan oleh pihak pelajar atau EDUVERA diganti pada tarikh yang dipersetujui bersama.

Semakan bulanan

Kami menyemak perkembangan anak anda dan memberi laporan prestasi semasa.

Di sebalik EDUVERA

Puan Nini Jauhariah, pengasas

Pengajar dan jurulatih dengan lebih 10 tahun pengalaman. EDUVERA ditubuhkan supaya keluarga mendapat tutor yang dipercayai, dengan proses yang telus dan diurus dengan teliti.

Kawasan & subjek

Di mana kami mengajar

Home tuition tersedia di:

  • Setia Alam
  • Puncak Alam
  • Puncak Perdana
  • Bukit Jelutong
  • Alam Budiman
  • Eco Grandeur
  • Eco Ardence
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Seksyen 13 Shah Alam

Subjek: Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains, Sejarah, serta Prinsip Akaun, Ekonomi, Biologi, Matematik Tambahan, Perniagaan, Fizik dan Kimia (Tingkatan 4–5). Di luar kawasan di atas, sila pilih kelas online.

Daftar minat

Beritahu kami tentang anak anda

Percuma dan tanpa komitmen. Kami hubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 1–2 hari bekerja.

Lebih suka berbual terus? WhatsApp kami di 011-3541 4237

Soalan lazim

Soalan yang ibu bapa selalu tanya

Berapa yuran sebenar sebulan?

Home tuition bermula dari RM50 sejam bagi satu subjek, dengan sesi 2 jam seminggu sekali, iaitu dari RM400 sebulan bagi satu subjek. Kami akan terangkan butiran yuran mengikut tahap anak semasa perbincangan. Tiada yuran pendaftaran. Yuran bahan latihan RM50 sekali sahaja, dikecualikan (waived) bagi pendaftaran sehingga 31 Disember 2026.

Bila bayaran perlu dibuat?

Yuran bulanan dibayar pada minggu pertama setiap bulan. Kelas digantung sehingga bayaran dibuat jika yuran belum dijelaskan selepas 7hb.

Bagaimana jika tutor tidak dapat hadir?

Kelas yang dibatalkan oleh pihak pelajar atau EDUVERA/tutor diganti pada tarikh dan hari yang dipersetujui bersama.

Boleh berhenti bila-bila masa?

Boleh, dengan notis 14 hari. Yuran bulan semasa yang telah dibayar tidak dikembalikan, tetapi baki sesi bulan itu masih boleh digunakan.

Saya di luar kawasan home tuition. Adakah boleh?

Boleh melalui kelas online (Matematik & Sains Tahun 1–6 dan UPKK) yang terbuka untuk seluruh Malaysia.

Daftar minat percuma